Malaysia dan Thailand kini menjadi antara negara Asia Tenggara yang memiliki paras nisbah hutang isi rumah tertinggi, melebihi 80%.
Pengamatan Moody’s Analytics, firma penarafan global pada laporan itu mengambilkira prestasi hutang mengikut kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Meskipun paras nisbah hutang bagi tahun 2021 lebih kecil berbanding 2020, namun selain Malaysia – Singapura dan Indonesia turut berdepan masalah yang sama. Iaitu paras hutang 2021 kekal tinggi berbanding sebelum wujudnya penularan COVID-19.
Tidak hanya hutang isi rumah, kebanyakan negara Asia Tenggara turut berdepan peningkatan jumlah hutang kerajaan. Khususnya negara seperti Thailand dan Filipina.