Artikel

Gaji CEO S&P 500 Terus Melonjak – 324 Kali Lebih Tinggi Berbanding Pekerja

Pada ketika pekerja biasa sedang berdepan tekanan inflasi dan isu kenaikan gaji mereka, namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi senarai syarikat S&P500 pula direkodkan menerima imbuhan purata lebih RM83.3 juta ($18.3 juta) pada tahun 2021.

Secara keseluruhannya imbuhan para CEO S&P500 adalah 324 kali lebih tinggi berbanding pekerja.

S&P 500 ialah indeks pasaran saham yang memperlihatkan prestasi 500 syarikat besar di bursa AS.

Tinjauan Persekutuan Buruh Amerika dan Kongres Pertubuhan Perindustrian (AFL-CIO) yang mewakili 12.5 juta pekerja ini pada laporan MarketWatch jelas menunjukkan gaji CEO telah meningkat 18.2% – malah lebih pantas berbanding kadar inflasi AS sekitar 7.1%.

Jurang sedemikian secara langsung menunjukkan kelahapan syarikat, apabila gaji pekerja sekadar meningkat sekitar 4.7% sahaja bagi tempoh yang sama.

Antara senarai syarikat yang terlibat adalah Amazon, Expedia, McDonald’s serta TJX.