Artikel

CUEPACS: 1.6 Juta Penjawat Awam Minta Laksana Kenaikan Gaji

Cuepacs, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam kini memohon kerajaan persekutuan melaksanakan KGT – Kenaikan Gaji Tahunan kepada para penjawat awam.

Gesaan menaikkan dua tahap kenaikan gaji ini mengambilkira tekanan kos sara hidup yang didepani oleh 1.6 juta penjawat awam negara pada ketika ini. Selain tuntutan itu, Cuepacs turut mengusulkan kerajaan menetapkan paras gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,8000 serta menggantikan sistem saraan kepada medium baharu.

Adanya pelaksanaan sedemikian mengikut laporan, ia selari dengan gagasan negara untuk mencapai matlamat pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan menjelang 2025 dan ia juga berupaya menampung tekanan kos yang dihadapi petugas awam.