Artikel

1MDB Masih Memiliki Baki Komitmen Hutang Berjumlah RM32.08 Bilion

Setakat akhir 30 Jun lalu, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika ini memiliki baki hutang tunggakan berjumlah RM32.08 bilion.

Makluman itu dikongsikan Tengku Zafrul Menteri Kewangan pada jawapan bertulis pada sidang parlimen hari ini (21 Julai) kenyataan itu selari dengan andaian kadar tukaran wang asing $1 bersamaan RM4.50 negara.

Malah negara setakat ini telah meraih sebanyak RM19.28 bilion bagi jumlah dana pemulihan aset 1MDB daripada beberapa mata wang asing meliputi dolar Amerika Syarikat (AS), dolar Singapura dan dolar Australia.

Sekitar RM10.84 bilion telah dan akan digunakan bagi tujuan lanjutan pelunasan hutang 1MDB. Dan pihak pentadbiran terus mengandakan usaha mereka dalam mendapatkan kembali dana 1MDB.

Kerajaan pada masa yang sama, turut menegaskan usaha ini memiliki kesukaran tersendiri dan prosesnya mengambil masa yang lama. Ia tidak hanya melibatkan kerjasama tempatan tetapi merangkumi pihak antarabangsa dan proses perundangan, perundingan pelbagai pihak.