Artikel

Inflasi Malaysia Dijangka Cecah Sehingga 3.2%

Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan negara tidak akan berdepan paras inflasi yang terlalu tinggi. Jaminan ini berasaskan pelbagai langkah yang sedang dilaksanakan pentadbiran.

Antara penawaran subsidi, kawalan harga serta penggunaan lebihan bekalan negara kepada pengguna awam. 

Gabenor BNM Nor Shamsiah turut menjelaskan situasi hiperinflasi yang digemburkan tidak wujud pada persekitaran pasaran, kerana paras inflasi Malaysia pada tahun ini dijangkakan dalam purata 2.2% hingga 3.2%. 

Bank pusat bagaimanapun kekal akui negara sedang berdepan tekanan kos sara hidup yang tinggi, susulan krisis perdagangan serta peningkatan harga komoditi global telah menganggu rantaian pembekalan tempatan.