Artikel

Tarif Elektrik : Kumpulan T20 Mungkin Dikenakan Surcaj Kelak

Penawaran subsidi bil elektrik secara bersasar bagi tempoh kitaran Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) kini diusulkan pada jemaah menteri.

Usaha itu menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk meringankan bebanan rakyat negara. Setakat ini semua kumpulan pendapatan melibatkan B40, M40 dan T20  menerima rebat 2 sen setiap kilowatt per jam (kWj) pada bekalan elektrik negara.

Maka sekiranya rebat tersebut diperluaskan secara bersasar – terdapat kemungkinan T20 akan dikenakan surcaj atau ICPT tersebut.

Penjelasan ini pada sidang parlimen semalam (20 Julai) adalah antara langkah kementerian untuk melindungi hak rakyat ketika berdepan krisis tenaga global yang telah menyumbang kepada tekanan kos bahan api.

Buat masa ini, sejumlah RM5.8 bilion peruntukan subsidi elektrik telah ditampung negara untuk tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember kelak.