Artikel

Nilai Bitcoin Memperlihatkan Peningkatan – Kembali Melangkaui Nilai RM100k

Bitcoin telah memperlihatkan penurunan nilai secara drastik pada bulan Jun lepas, memperlihatkan kejatuhan dibawah RM80k.

Namun, kebelakangan ini, ia meningkat naik secara berperingkat. Terbaru, hari ini nilai Bitcoin mencatatkan nilai melangkaui RM100,000 selepas sekian lama.

Peningkatan ini selari dengan pergerakan pasaran saham dunia yang memperlihatkan kenaikkan. Bersama-sama peningkatan nilai Bitcoin, ia turut memberikan kesan positif terhadap pelbagai kriptowang lain di pasaran.