Artikel

RON97 Turun 10 Sen – Harga Kini RM4.65 Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan negara, bagi tempoh 21 Julai sehingga 27 Julai 2022 ini – Kementerian Kewangan kini mengumumkan harga minyak RON97, jatuh 10 sen.

Ini bermakna dalam tempoh tersebut – RON97 di paras RM4.65 seliter, sementara RON95 pula kekal di paras siling dengan RM2.05 seliter serta Diesel pula di paras RM2.15 seliter.

Perubahan harga minyak itu, didorong berdasarkan status pasaran minyak mentah dunia. MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau dan mengambil pendekatan terbaik demi kepentingan kebajikan rakyat Malaysia.