Artikel

35,592 Unit Rumah Siap Bernilai RM22.45 Bilion – Masih Tidak Terjual

Setakat suku pertama tahun 2022, terdapat sebanyak 35,592 unit rumah yang siap dibina pada pasaran negara – masih lagi tidak terjual.

Data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) yang dikongsikan secara lisan pada sidang parlimen semalam (19 Julai)  – menunjukkan jumlah unit tersebut membawa nilai sekitar RM22.45 bilion dan ini julat pecahan harga unit kediaman yang tidak terjual;

Sementara jumlah ruang pejabat pula menunjukkan terdapat 836 bangunan masih lagi kosong dan tidak berpenghuni dan sekitar 734 bangunan merangkumi ruang pejabat pula telah mula diisi dengan penyertaan perniagaan.