Artikel

Prestasi Eksport Malaysia Naik Lebih 38% – Rekod RM146.2 Bilion

Tatkala negara dipalit dengan tekanan kos sara hidup, namun prestasi perdagangan Malaysia telah memaparkan rekod yang mampan – apabila jumlah perdagangan negara setakat Jun 2022 berjaya meraih RM270.4 bilion.

Lonjakan 43.4% ini memperlihatkan peningkatan pada aliran eksport dengan kenaikan 38.8% kepada RM146.2 bilion, sementara aliran import pula melonjak 49.3% kepada RM124.2 bilion.

Manakala imbangan dagangan atau eksport bersih pula mencatatkan jumlah RM21.9 bilion, merosot 0.8% berbanding data tahun lalu. Menerusi prestasi itu, terdapat 3 sektor menyumbang kepada aliran positif tersebut melibatkan Pembuatan (RM122 bilion eksport, RM105.4 bilion import), Perlombongan (RM10.5 bilion eksport, RM10 bilion import) dan Pertanian (RM12.9 bilion eksport, RM6 bilion import).