Artikel

Sabah Naikkan Gaji Ketua Menteri, Semua ADUN – Melibatkan Kos RM5.6 Juta Setahun

Sabah semalam (19 Julai) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, ADUN serta anggota pentadbiran lain.

Kenaikkan gaji di bawah Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 ini telah dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima suara majoriti.

Menerusi kelulusan usul tersebut, penduduk negeri akan memperlihatkan kenaikan saraan;

  • Ketua Menteri – RM23,595 naik kepada RM33,033
  • Timbalan Ketua Menteri – RM20,872.50 naik kepada RM29,221
  • Menteri – RM16,335 naik kepada RM22,869
  • Speaker DUN – RM16,335 naik kepada RM22,869
  • Pembantu Menteri – RM12,705 naik kepada RM17,787
  • Timbalan Speaker DUN – RM12,705 naik kepada RM17,787
  • ADUN – RM7,950 naik kepada RM11,130
  • Setiausaha politik – RM5,445 naik kepada RM7,623

Langkah kenaikan ini dilaporkan selari dengan kenaikan pendapatan Sabah. Maka syarikat berkaitan kerajaan negeri disarankan mempergiatkan usaha kenaikan pendapatan menerusi kemasukan pelaburan yang lebih tinggi pada pentadbiran negeri.

Malah usaha kenaikan tersebut juga difahamkan bertujuan membantu rakyat negeri. Erti kata mudah kenaikan tersebut akan disalurkan semula kepada keperluan rakyat Sabah.

Buat pengetahuan langkah kenaikan gaji menteri ini hanya membabitkan jumlah RM5.6 juta setahun dan pentadbiran Sabah memaklumkan peruntukan tersebut tidak memberi kesan kepada kewangan kerajaan negeri.