Artikel

Harga Rumah Mungkin Naik Sekitar 11.8%

Dalam tempoh 12 bulan mendatang, paras harga rumah berkemungkinan alami kenaikan sekitar 11.8% di seluruh negara. Dan jangkaan kenaikan tersebut tidak terhenti di situ, dijangka harga kediaman akan terus naik sehingga 16.5% bagi tempoh 24 bulan mendatang.

Pemerhatian Indeks dan Kaji Selidik Hartanah Juwai IQI bagi Suku Ketiga 2022 itu jelas menunjukkan faktor keyakinan mulai tinggi pada pasaran hartanah negara.

Situasi ini disokong akan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) yang percaya ekonomi negara berupaya melonjak, mencapai paras pertumbuhan 6.3%. Ini kerana menerusi jangkaan ekonomi negara yang baik, ia tidak sekadar meluaskan pelaburan hartanah Malaysia tetapi turut memberi manfaat kepada pemilik rumah akan peningkatan nilai aset kediaman mereka.

Meskipun terdapat jangkaan yang positif disebalik kenaikan harga rumah tersebut. Umum perlu sedari, peningkatan harga tersebut juga didorong hasil kenaikan kos bahan binaan dan kadar faedah semasa.

Oleh itu, orang awam diminta bersedia akan sebarang kenaikan harga kediaman bagi memastikan status tunai anda terjamin daripada sebarang ketirisan yang tidak memadai.