Artikel

Malaysia Kini Miliki 294 Syarikat Teknologi Kewangan

Seiring dengan percambahan populasi digital Malaysia, sektor fintech (teknologi kewangan) negara dilihat terus berkembang – alami pertumbuhan 27% kepada 294 firma fintech di negara.

Tinjauan Laporan Fintech 2022 Malaysia ini jelas menunjukkan percambahan tersebut didominasi oleh segmen pembayaran dengan pertambahan kepada 60 syarikat, diikuti segmen pinjaman 55 syarikat, dompet digital 43 penyedia dan insurtech (teknologi insurans) dengan 32 penyedia.

Berdasarkan perincian peningkatan firma fintech tersebut, ini peratusan pertambahan yang direkodkan laporan;

Tidak hanya segmen sedemikian, sektor fintech negara bakal menyaksikan kemeriahan dengan kehadiran 5 bank digital yang baru sahaja menerima mandat dari Bank Negara Malaysia (BNM). Manakala di bawah pula adalah senarai penuh landskap fintech di negara.