Artikel

Malaysia Jana Kerugian Lebih RM800 Juta – Kesan Lonjakan Jenayah Siber

Dalam tempoh 2 tahun, negara memaparkan peningkatan ketara pada isu jenayah siber dengan kerugian lebihi RM800 juta bagi tempoh tahun 2020 dan 2021.

Menurut data Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikongsikan pada sidang parlimen secara lisan (18 Julai) – bagi tahun 2021 sebanyak 18,392 kertas siasatan berhubung jenayah siber telah dibuka negara. Ia melibatkan kerugian hampir RM399 juta.

Sementara tahun 2020 pula, memperlihatkan sebanyak 14,229 kertas siasatan jenayah siber telah dibuka dan itu membawa kepada rekod kerugian hampir RM413 juta kepada individu negara berkaitan.

Buat pengetahuan umum, data menunjukkan jenayah siber telah mula rancak sejak 2017 lagi dan khususnya kes penipuan secara atas talian telah menyumbang sekitar 60.6% (bagi data 2011-2021) pada kategori jenayah tersebut.