Artikel

Apple Ingin Kurangkan Perbelanjaan Dan Pengambilan Pekerja

Disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi, pelbagai syarikat kini menstruktur kembali rancangan tahunan mereka. Terbaru, Apple dikatakan ingin mengurangkan perbelanjaan, dan turut mengurangkan pengambilan pekerja untuk beberapa pasukan.

Apple dikatakan mengambil langkah ini kerana keadaaan ekonomi yang tidak menentu pada hari ini. Disamping itu, pelbagai negara juga turut dilanda dengan kenaikkan inflasi, mengurangkan kadar perbelanjaan orang ramai – sekaligus mungkin beri impak corak pembelian peranti oleh pengguna.

Walaupun mengurangkan perbelanjaan dan pengambilan pekerja, Apple dikatakan masih mengekalkan jadual pengenalan produk mereka yang agresif untuk tahun akan datang, termasuk penyertaan ke kategori baharu melalui set kepala AR mereka seawal 2023 kelak.