Artikel

Microsoft Menghentikan Sejumlah Pekerja – Menyusun Kembali Perniagaan Dan Jawatan

Microsoft kini membuang kurang 1% daripada 180,000 orang tenaga kerja mereka. Langkah ini dikatakan diambil oleh Microsoft dalam usaha menstruktur dan menyusun kembali perniagaan dan juga jawatan dibawah kumpulan berkenaan.

Pemberhentian kerja ini dilihat agak aktif dalam kalangan syarikat teknologi akhir-akhir ini. Antara syarikat lain yang turut melakukan pembuangan pekerja adalah termasuk Twitter, Tesla, dan lain-lain. Disamping itu, sejumlah syarikat teknologi juga telah mengurangkan pengambilan pekerja mereka.

Langkah ini dilihat disebabkan oleh ketidak-tentuan ekonomi akhir-akhir ini, termasuk kadar tukaran tidak stabil, disamping peningkatan kadar inflasi.