Artikel

KTMB Rugi RM6 Juta Setahun – Sekiranya Lanjutkan Khidmat Ekspres Wau

Ekspres Wau, perkhidmatan kereta api bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Tumpat ini dilihat tidak dapat dilanjutkan lagi buat kemudahan pengangkutan pengguna.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan lanjutan khidmat tersebut memperlihatkan bebanan kos operasi yang tinggi, di mana KTMB terpaksa berdepan kerugian sekitar RM6 juta setahun.

Selain faktor tersebut, laluan tren juga diperhatikan kurang sesuai buat masa ini dan berikutan penyelesaian isu tersebut ke atas pengguna – terdapat beberapa laluan alternatif lain disediakan KTMB untuk menghubungkan pengguna pada laluan ke Pantai Timur.

Antaranya melalui khidmat Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Gemas.

Persoalan laporan ini dirungkaikan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini (19 Julai).