Artikel

Pengilang Diminta Turunkan 10% Harga Minyak Masak, Daripada Jualan Semasa

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, memaklumkan kerajaan pada ketika ini telah meminta penurunan 10% harga minyak masak daripada pihak pengilang.

Usul itu dilihat bertepatan akan penurunan harga sawit pada masa ini. Permintaan pengurangan 10% lebih rendah berbanding harga minyak masak berbotol pada pasaran ketika ini dilihat wajar demi membantu kebajikan pengguna.

Pihak pengurusan menjangkakan penurunan harga itu dapat dilihat dalam tempoh seminggu hingga 2 minggu kelak. Selain itu, negara juga kelak akan melaksanakan Program Jualan Lebih Murah Keluarga Malaysia pada bulan hadapan, Ogos 2022. Pelaksanaan itu akan menawarkan jualan barangan kepada rakyat negara di lokasi terpilih dengan 20% harga lebih rendah daripada pasaran semasa.

Mengikut perincian, program tersebut akan melibatkan kerjasama 5 kementerian dan memperuntukan sekitar RM80 juta pada pelaksanaan tersebut dalam tempoh 5 bulan.

Tan Sri Annuar Musa pada sidang media hari ini (18 Julai) turut menegaskan, meskipun terdapat pelbagai alternatif jualan murah – rakyat negara diminta terus bersedia akan sebarang kesan mendatang. Susulan paras inflasi di negara dagang semakin meruncing dan situasi itu berpotensi memberi kesan kepada pasaran negara.