Artikel

Seramai 144,932 Ketua Isi Rumah – Kini Tergolong Miskin Tegar

Kesan krisis COVID-19 selama dua tahun ke atas ekonomi negara, telah meningkatkan jumlah ketua keluarga dalam kategori miskin tegar kepada 144,932.

Data tersebut dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sidang pagi Parlimen hari ini (18 Julai) di bawah pemantauan Bank Data Kemiskinan Nasional atau eKasih setakat 30 Jun lalu.

Rekod itu jelas memaparkan peningkatan ketara berbanding jumlah sebelum pandemik COVID-19.

Menyentuh soal langkah pentadbiran negara dalam menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia ini – pihaknya telah memulakan pelan pembasmian miskin tegar bagi Fasa 1 sejak Jun lalu. Sekitar 80 lokaliti rintis sedang terlibat.

Untuk makluman sejumlah RM1 bilion diperuntukan pada pelaksanaan pelan tersebut. Dijangka pelbagai peluang penerokaan baharu diwujudkan bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia.