Artikel

5 Negara ASEAN Guna Sistem Sepadu Untuk Pembayaran – Satu Kod QR Untuk Pembayaran

Tidak lama lagi menjelang November, dunia akan menyaksikan ketersediaan integrasi sistem rangkaian pembayaran 5 ekonomi negara ASEAN  pada penggunaan satu kod QR pembayaran – melibatkan Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina. 

Gabenor Indonesia pada laporan Bloomberg, memperincikan kesepakatan sistem sedemikian akan memperlihatkan penyelesaian mata wang tempatan antara negara digunakan. Ia bermakna agenda transaksi serta urus-niaga dapat dilakukan tanpa menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) selaku pengantara.

Kelebihan ini sekaligus memudahkan para pengguna dan turut merancakkan lagi penerapan ciri mengimbas kod QR dalam pasaran transaksi serantau. 

Langkah ini secara langsung akan memberi kesan yang besar kepada pasaran dunia dan membuka peluang yang lebih tinggi untuk Asia kelak. Setakat ini, integrasi sistem tersebut Masih di peringkat awal dan dari semasa akan alami penambahan negara lain dalam sokongan tersebut.