Ternyata sekitar 1.9 juta daripada jumlah keseluruhan 9.6 juta rumah di seluruh Malaysia, didapati kosong dan tidak didiami.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada jelajah Banci Malaysia minggu lalu (15 Jun) ini jelas menunjukkan terdapat peningkatan 700,000 kediaman tidak berpenghuni berbanding data 2010.
Di Pahang sahaja sekitar 18% bersamaan 86.495 kediaman telah dibeli namun didapati masih kosong, manakala Melaka pula hampir 30% kediaman dipantau tidak didiami.
Melihat pada kelopongan tersebut, DOSM berpendapat sewajarnya kelebihan itu dimanfaatkan kepada golongan masyarakat yang masih belum memiliki rumah – selain dijadikan sebagai rumah persinggahan mahupun inap desa.