Artikel

Gabenor BNM: Kenaikan OPR Bukan Pencetus Muflis, Langkah Isytihar Bankrap Tidak Mudah

Untuk mengisytiharkan muflis bukanlah perkara yang mudah – Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan tindakan ini melibatkan pelbagai prosedur institusi kewangan yang wajar dipatuhi, sebelum individu atau syarikat diklasifikasikan bankrap.

Malah punca muflis itu sewajarnya tidak dipalitkan akan isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara. Ini kerana kes muflis bagi individu negara telah memaparkan penurunan sejak tahun 2016. Walhal OPR telah meningkat pada tahun 2018.

Ini dapat dilihat apabila kadar muflis dalam kalangan belia yang berusia kurang daripada 35 tahun telahpun menurun – mencakupi 14% daripada jumlah muflis antara Januari-Mei 2022 (purata 2017-2019; 24.9%).

Maka tindakan sesetengah pihak mengemburkan isu muflis bersama kenaikan OPR ini tidak seharusnya berlaku. Menurut Gabenor BNM – selain pemantauan pihaknya pada aliran muflis, pelbagai kerjasama turut diusahakan bersama agensi lain dalam memerangi tindakan bankrap ini.

Antaranya bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) dalam mempergiatkan usaha meningkatkan celik kewangan pda kalangan masyarakat Malaysia – supaya bertindak selaku peminjam yang berhemah.