Artikel

Universiti Malaya Menghentikan 20 Program Akademik Kerana Kurang Relevan Dengan Keperluan Semasa

Universiti Malaysia kini menghentikan sekitar 20 prograam akademik, selepas mendapati ia kurang lagi relevan dengan keperluan industri pada hari ini. Dikongsikan kepada Berita Harian, sebanyak 20 program akademik ini tidak lagi ditawarkan untuk sesi pengambilan baharu.

Antara yang dihentikan penawaran adalah termasuk Sarjana Mudah Sains Bioinformatik, Sarjana Muda Sains (Sains Bahan), Sarjana Muda Sains Biokesihatan, Sarjana Muda Sains Pengajian Sains dan Teknologi, Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan), Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains), Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik), Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran), Sarjana Kepimpinan Pendidikan, Sarjana Kejuruteraan Sistem Kuasa, Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi), Sarjana Penyelidikan Ekonomi dan Sarjana Penyelidikan Pentadbiran Awam.

Disamping penghentian program ini, UM juga menjenamakan semula sekitar 50 program akademik lain – sama ada digabungkan atau dibawah nama baharu.

Beberapa program baharu yang turut ditawarkan UM selari perkembangan industri adalah Sarjana Keselamatan Siber, Sarjana Pengurusan Halal, Sarjana Kepintaran Buatan dan Sarjana Sains Data