Artikel

Kerajaan Arahkan Setiap Kementerian Tangguh Beli Aset Baharu – Kereta Mahupun Perabot

Seiring dengan agenda penjimatan perbelanjaan awam negara, Kerajaan pada pengumuman garis panduan pekeliling tersebut – turut memperincikan setiap kementerian hendaklah menangguhkan hasrat untuk membeli perolehan aset baharu.

Ini termasuklah pembelian aset seperti kereta, perabot serta kelengkapan tertentu kementerian – wajar ditangguhkan.

Menurut Kementeri Kewangan (MOF) perbelanjaan sedemikian tidak diklasifikasi sebagai keperluan mendesak, kecuali perolehan aset tersebut mendapat kelulusan khas dari pihak MOF sendiri.

Selain penangguhan itu, pemberian Elaun Lebih Masa kepada para pekerja juga akan diteliti semula. Sebarang elaun lebih masa hanya akan diberi setelah mendapat perakuan dari Ketua Jabatan dan memiliki arahan bertugas secara bertulis sahaja.

Ia bermakna perolehan elaun akan menjadi lebih kritikal di masa hadapan kelak.