Artikel

MOF: Setiap Kementerian Kini Perlu Laksana Penjimatan Perbelanjaan

Peningkatan subsidi negara melibatkan produk petroleum, minyak masak, tenaga dan ayam – secara langsung meningkatkan perbelanjaan kerajaan Malaysia, menyebabkan penjimatan perbelanjaan mula dikuat kuasakan pada jabatan pentadbiran negara.

Pada asalnya peruntukan subsidi yang dipersetujui negara adalah RM31 bilion namun kini ia meningkat kepada RM77.7 bilion – oleh itu, bagi menampung perbelanjaan tambahan tersebut, penjimatan perbelanjaan perlu dilaksanakan.

Maka Kementerian Kewangan (MOF) mengarahkan semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan dan CLBG menyusun semula aktiviti serta menguruskan aliran tunai mereka mengikut keutamaan tertentu sahaja.

Ini antara senarai keutamaan yang dinyatakan;

  • Pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan – kecuali terdapat kaedah tukar-ganti dan pindah butiran
  • Jawatan baharu hanya tersedia bagi jawatan kritikal sahaja – melibatkan pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan, dan kutipan hasil
  • Sekiranya jawatan kosong tidak diisi dalam tempoh 2 tahun – jawatan itu akan dimansuhkan
  • Elaun kerja lebih masa hanya diberi setelah arahan bertulis dikeluarkan dan ia benar-benardiperakui oleh Ketua Jabatan
  • Perbelanjaan bagi perjalanan bertugas juga turut dikawal
  • Cadangan sewa baharu atau tambah ruang pejabat juga tidak dibenarkan
  • Sewaan peralatan pejabat dibenarkan untuk dilanjut, namun tidak bagi menyewa peralatan baharu
  • Sebarang pembelian aset baharu seperti kereta, perabot dan kelengkapan lain tidak dibenarkan, kecuali menerima kelulusan khas MOF
  • Perbelanjaan penganjuran acara, kempen juga turut dikawal