Artikel

Perkeso Kini Gantung Bayaran PenjayaKerjaya – Sebanyak RM423 Juta

Berpegang pada nilai integriti yang tinggi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini telah menggantungkan bayaran insentif PenjanaKerjaya sebanyak RM423 juta.

Tindakan ini berikutan terdapat isu berhubung tuntutan palsu serta penyelewengan melibatkan dana tersebut.

Buat pengetahuan umum, setakat ini Perkeso telah melaksanakan pembayaran sebanyak RM1.7 bilion kepada 45,379 majikan bagi penempatan lebih 320,000 pemohon kerja melalui medium itu.

Maka pihaknya menasihati para majikan yang telah menyalahgunakan dana tersebut untuk melakukan pembayaran balik secara sukarela atau merujuk kepada pihak pengurusannya sebelum tindakan perundangan dikenakan.

Langkah penggantungan bayaran ini menurut Perkeso dilaksanakan mengikut analisis data serta pemantauan oleh Bahagian AntiFraud, Etika & Integriti (AEFI) di bawah pengurusannya. Pemantauan tersebut telah dilakukan dari semasa ke semasa.