Artikel

Tambang Percuma Sebulan RapidKL – Tamat Hari Ini

Sebagai langkah untuk mengurangkan bebanan kos pengangkutan awam kepada rakyat negara – Perdana Menteri Ismail Sabri pada 16 Jun lalu telah mengumumkan pemberian tambang percuma selama sebulan kepada penduduk Lembah Klang. Ia merangkumi pengangkutan MRT, LRT, BRT serta bas RapidKL.

Namun penawaran tersebut tamat pada hari ini (15 Julai).

Maka menerusi makluman itu, bagi pengguna pas My50 yang sebelum ini telah melaksanakan pembaharuan langganan tidak perlu khuatir kerana buat pelanggan yang telah membeli pas My50 dan memiliki tempoh tamat pas antara 17 Jun hingga 15 Julai 2022, anda akan menikmati perjalanan percuma selama 30 hari selepas pas anda tamat.

Ini bermakna untuk perjalanan pas bulanan seterusnya adalah percuma buat mereka secara automatik.

Manakala buat pelanggan yang telah membeli pas My50 pada 16 Jun – anda mesti menebus perjalanan percuma selama 30 hari bagi tempoh antara 23 Julai 2022 hingga 25 Julai 2022 SAHAJA. Iaitu selepas pas anda tamat sepenuhnya. Untuk pelanggan ini, anda dikehendaki menyimpan resit sebagai pembuktian pembelian.

Maka semua pihak yang terlibat, perlu peka akan makluman ini dan laksana langkah selanjutnya demi hak pengguna anda.