Artikel

Setibanya Di Singapura – Presiden Sri Lanka Hantar E-mel Letak Jawatan

Setelah tiba di Singapura, Gotabaya Rajapaksa – Presiden Sri Lanka telah menyerah surat peletakkan jawatannya menerusi e-mel kepada pejabat speaker Parlimen, Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka.

Pengumuman peletakan jawatan itu, secara rasminya akan dilakukan pada hari ini (15 Julai) dan dijangka pelantikan untuk Presiden baharu akan dilaksanakan pada minggu hadapan.

Buat pengetahuan umum Gotabaya Rajapaksa adaah Presiden pertama yang meletakkan jawatan sejak sistem pemerintahan presiden dijalankan di negara tersebut pada 1978. Penamatan tugasnya ini didorong hasil penunjuk perasaan rakyat negara. Berikutan berdepan krisis ekonomi yang melampau sehingga mengakibatkan darurat.

Buat masa ini, Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe menggalas jawatan pemangku Presiden – sebelum pentadbirannya melantik individu baharu.