Artikel

Pengambilan Pekerja Di Malaysia Papar Peningkatan – Naik 15% Bagi Tempoh 6 Bulan

Dalam tempoh 6 bulan pertama, aktiviti pengambilan pekerja di pasaran Malaysia dilihat semakin rancak, apabila merekodkan pertumbuhan 15%.

Tinjauan Indeks Pekerjaan Monster (MEI) itu mendapati kadar permintaan pekerjaan negara terus meningkat sekitar 5% dari bulan ke bulan. Prestasi positif ini berlaku susulan keperluan tenaga mahir dalam skop digital semakin meluas di pasaran buruh negara.

Malah penerapan konsep bekerja secara fleksibel turut meluaskan pilihan kepada majikan, untuk mengaji lebih ramai pekerja.

Selain itu, pemulihan semula beberapa sektor ekonomi yang sebelum ini terkesan – telah mula mempergiatkan kembali pengambilan tenaga kerja mereka. Antaranya sektor yang meningkatkan pengambilan pekerja;

  • Hospitaliti – 65%
  • Logistik, Pengangkutan, Perkapalan, Marin – 51%
  • Perbankan, khidmat kewangan, insurans – 32%
  • Pembuatan, automotif – 4%
  • Teknologi maklumat, telekomunikasi -5%
  • Pengiklanan dan media – 16%
  • Kejuruteraan, pembinaan, hartanah – 19%