Artikel

Rundingan Turunkan Harga Ayam Akan Dilaksanakan – Bagi Wilayah Persekutuan

Memahami bebanan orang awam, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) kelak akan laksanakan rundingan bersama peniaga – bagi penawaran harga ayam yang lebih rendah daripada paras siling.

Seperti yang umum ketahui, harga siling ketika ini sekitar RM9.40 tetapi harga secara purata di beberapa negeri memperlihatkan penawaran harga yang lebih rendah dapat ditawarkan. Contohnya Pahang, Perlis menawarkan jualan harga sekitar RM8.95-RM9.04.

Menurut KWP, pendekatan itu akan dibincangkan selewatnya bermula minggu hadapan dan akan dimaklumkan persetujuan semua pihak.