Artikel

Kabinet Telah Luluskan Draf RUU Kawalan Tembakau – Larang Jualan Produk Tembakau Kepada Yang Lahir Selepas 2005

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini mengatakan draf RUU Kawalan Tembakau Dan Merokok telah pun menerima kelulusan daripada pihak kabinet, dan kini menantikan pembentangan di Parlimen.

Melalui RUU baharu ini, ia akan melarang jualan produk tembakau, rokok, dan vape kepada mereka yang lahi pada tahun selepas 2005.

Dengan ini, penjual tidak boleh menjual produk berkenaan kepada mereka yang lahir selepas 2005.

Ini sekaligus akan meningkatkan kadar kesihatan dikalangan orang ramai. Malaysia juga dijangka menjadi negara pertama melakukan perkara ini sekiranya RUU ini diluluskan di parlimen kelak.