Artikel

DOKU Dari Indonesia Ambil-Alih SenangPay Dari Malaysia

SenangPay merupakan salah satu penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran atas-talian di Malaysia. Kini, DOKU, sebuah syarikat memfokuskan pembayaran elektronik dari Indonesia mengumumkan pengambil-alihan SenangPay.

SenangPay sebelum ini telah ditubuhkan pada 2015 lepas, menyediakan kemudahan kepada pembangun perkhidmatan edagang untuk integrasikan pembayaran melalui kad kredit, dompet digital dan perbankan internet.

Dengan pengambil-alihan ini, lebih banyak mod pembayaran dijangka ditambah, selain turut memfokuskan kepada kedai-kedai fizikal. Ini juga sekaligus membolehkan DOKU memasuki pasaran Malaysia.

Nilai pengambil-alihan dianggar sekitar RM33.2 juta ($7.5 juta).