Artikel

Sebuah Dron Aerodyne Berupaya Ganti Tugas 20 Pekerja Ladang

Aerodyne, penyedia dron dan data transformasi tempatan melihat negara seharusnya memanfaatkan kepakaran yang dimiliki dalam teknologi dan automasi – untuk menampung ketirisan tenaga buruh.

Menurutnya pada forum MIDF Conversations, sebuah dron Aerodyne sendiri berupaya menggalas sehingga 20 pekerja ladang di negara. Ini bermakna kelebihan itu dapat membantu negara menangani masalah kekurangan tenaga buruh.

Seharusnya Malaysia menjadikan pilihan ini sebagai kaedah melupuskan kebergantungan terhadap buruh asing.

Adanya usaha menadaptasi cadangan tersebut, ia tidak sekadar menjimatkan kos kemasukan tenaga buruh luar tetapi turut memperkasakan kepakaran digital tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Pada masa yang sama, walaupun teknologi dron Aerodyne memiliki keupayaan sedemikian, pihaknya kini sedang berusaha meningkatkan lagi keupayaan tersebut mencakupi tugas 50 pekerja dalam satu masa. Matlamat ini dilaporkan demi kepentingan kualiti dron serta penggunaanya yang kelak akan diterapkan dalam industri tempatan.