Artikel

Hutang Kerajaan Persekutuan Masih Terkawal, Usah Kaitkan Isu Bankrap – Tengku Zafrul

Tindakan beberapa pihak mengaitkan situasi hutang negara bersama isu bankrap dilihat adalah suatu pertikaian yang kurang wajar.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) kedudukan fiskal negara masih lagi utuh dan aliran hutang juga turut terkawal – maka tiada istilah kebimbang ke atas isu muflis berbangkit.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan menjelaskan negara sentiasa berdisplin dalam melunaskan faedah serta hutang yang matang. Ia secara terus membuktikan reputasi Malaysia selaku penghutang dalam sesi pembayaran balik adalah baik.

Maka pihaknya pada laporan menegaskan, meskipun memiliki paras hutang yang tinggi, ia tidak mencerminkan risiko kebankrapan sesebuah negara. Prestasi ekonomi Malaysia sentiasa ditinjau oleh agensi penarafan kredit antarabangsa seperti Moody’s, Fitch dan S&P Global.

Dan ternyata jangkaan pertumbuhan Malaysia kekal kukuh dari semasa ke semasa.

Penegasan MOF ini dilihat penting untuk pertumbuhan negara, ia kerana tidak hanya berupaya mengelirukan orang awam tetapi turut berpotensi mengubah sentimen pelabur ke atas Malaysia.