Artikel

Harga Minyak Masak Disasar Menurun, Secara Berperingkat – Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi

Setelah mengadakan libat urus bersama pemain industri minyak masak kelapa sawit – merangkumi pelbagai peringkat pengilang, pembekal dan pembungkusan, kini Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mencapai kesepakatan berhubung penetapan harga minyak.

Berdasarkan persetujuan, pihak industri kelak akan melakukan pelarasan semula harga minyak mengikut harga pasaran semasa. Usaha ini sekaligus akan memperlihatkan penurunan harga minyak masak secara berperingkat.

Meskipun tidak menakrifkan tempoh sebenar pelaksanaan itu, pihak kerajaan pada laporan memberi gambaran awal – ia akan dijalankan dalam tempoh terdekat.