Artikel

SPRM Dan PERKESO Kini Siasat Isu Penyelewangan Dan Tuntutan Palsu Program Penjana Kerjaya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga PERKESO kini menyatakan mereka telah melancarkan siasatan berkaitan dengan isu tuntutan palsu dan juga penyelewangan melibatkan dana insentif Program Penjana Kerjaya.

Operasi ini akan dilakukan di beberapa negeri seluruh Malaysia.

Program Penjana Kerjaya merupakan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban majikan ketika terkesan dengan cabaran Covid-19 pada awal 2020 lepas.

Namun, daripada maklumat awal, ia dilihat terdapat beberapa tuntutan palsu dan penyelewangan dilakukan beberapa majikan.

SPRM dan PERKESO akan melakukan siasatan berkenaan perkara ini, dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu dan selewang dana ini.