ShopBack, salah satu perkhidmatan yang menawarkan pulangan wang kepada pembelian, kini turut memperkenalkan ciri ShopBack PayLater untuk pengguna di Malaysia.
Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih untuk melakukan bayaran terus menggunakan aplikasi ShopBack, dan menguruskannya untuk dibayar secara ansuran sehingga 3 bulan atau pada kemudian hari.
Pengguna juga turut boleh memilih untuk membayar menggunakan baki pada akaun ShopBack mereka hasil daripada pulangan tunai pembelian sebelum ini.
Ciri ini disokong untuk pembelian atas-talian mahupun di sesuatu kedai secara fizikal.
Bagi anda yang menggunakan ShopBack, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati ciri baharu ini.
Bersama-sama pengenalan ciri baharu ini, ShopBack juga dilihat memberikan nafas baharu kepada aplikasi dan logo mereka.