Artikel

Firma Singapura Jual Semua Saham Dalam Brahim’s

SATS Ltd selaku pengendali perkhidmatan darat dan katering pada penerbangan utama di Lapangan Terbang Changi, Singapura, kini melupuskan keseluruhan 49% pegangannya dalam Brahim’s SATS Investment Holdings (BSIH) bersama nilai tunai RM10 juta. 

Kenyataan makluman bersama Bursa Singapura itu memperincikan kesepakatan pembelian saham bersama Dewina Brahim’s Holdings dan Brahim’s Holdings telah dicapai bagi tujuan penjualan ekuiti. 

Untuk makluman BSIH memiliki 70% kepentingan pada penyedia khidmat katering dalam penerbangan iaitu Brahim’s SATS Food Security. Sementara 30% lagi milik Malaysia Airlines.

Langkah perlupusan ini dilaksanakan setelah mengambil kira kedudukan pasaran semasa dan kepentingan kewangan pada syarikat.