Artikel

Projek Lapangan Terbang Kulim Bernilai RM7 Bilion – Kini Meninjau Syarikat Pemaju Baharu

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), iaitu sebahagian daripada hub industri Aerotropolis Kedah kini mula meninjau penyertaan pemaju baharu – setelah pemaju ECK Development Sdn Bhd (ECK) melepaskan peranan tersebut pada Mei lalu.

Situasi ini berlaku susulan kegagalan pemaju untuk melunaskan pembayaran deposit kepada kerajaan – dalam tujuan perolehan tanah yang bernilai sekitar RM2 bilion.

Kerajaan negeri Kedah menegaskan pada laporan isu tersebut tidak akan menjejaskan pembangunan projek ini, bahkan pihaknya ketika ini memiliki sekitar 8 syarikat lain yang menunjukkan minat pada penyertaan lprojek lapangan terbang tersebut dan selanjutnya akan disemak imbang oleh KXP Holdings selaku syarikat tujuan khas projek terbabit.

Buat pengetahuan umum, pembangunan projek ini dianggarkan bernilai RM7 bilion dan ia berupaya membawa kemasukan pelaburan swasta sekitar RM3.8 bilion pada ekonomi negara. Maka penyertaan pemaju selanjutnya akan diteliti sebaik mungkin dan ia amat penting untuk pembangunan projek tersebut.