Artikel

Croatia Akan Menyertai Zon Euro Bermula 1 Januari 2023

Kesatuan Eropah kini secara rasminya menerima penyertaan Croatia sebagai negara baharu dibawah Zon Euro bermula 1 Januari 2023 kelak. Selari dengannya juga, Croatia akan menggunakan matawang Euro.

Ini sekaligus menjadikan Croatia sebagai negara paling terbaru diterima menyertai Zon Euro selepas hampir 7 tahun. Kali terakhir adalah penyertaan Lithuania pada 2015 lepas.

Dengan penyertaan Croatia ini, ia sekaligus memberikan beberapa kelebihan kepada negara tersebut, termasuk kemasukkan lebih ramai pelancong tanpa perlu menukar matawang, kelebihan politik, serta beberapa kelebihan lain dibawah Kesatuan Eropah.