Artikel

Indonesia Kini Bekukan Kemasukan Pekerja Asing Ke Malaysia

Susulan tidak menepati kriteria yang terdapat dalam kesepakatan persefahaman – Indonesia kini mengambil langkah membekukan kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Pelaksanaan sementara itu, berkuat kuasa serta-merta.

Seperti yang umum ketahui, pada 1 April lalu – kedua negara telah mencapai persetujuan akan kemasukan tenaga asing bagi keperluan pasaran buruh Malaysia. Namun terdapat pelanggaran persetujuan berlaku apabila dilaporkan Jabatan Imigresen negara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus menggunakan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) bagi kemudahan pengambilan pekerja Indonesia ke Malaysia.

Sedangkan sistem tersebut tidak terpakai kepada pembantu rumah Indonesia. Ini secara terus tindakan itu diklasifikasikan sebagai pelanggaran persetujuan secara terang-terangan.

Perkara ini bagaimanapun telah diketengahkan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia dan dinyatakan akan disemak bersama kementerian yang terlibat.