Artikel

Pendapatan Korporat Malaysia Dijangka Naik – Sehingga 7%

Prestasi pendapatan korporat Malaysia diperhatikan bakal meningkat sekitar 6.0% dan 7.0% menjelang 2023 kelak. Lonjakan ini dijangka akan dipacu oleh dua sektor utama negara iaitu kewangan dan perladangan.

Tinjauan Standard Chartered Bank Malaysia pada sidang maya hari ini (13 Julai) turut mengakui meskipun terdapat lonjakan hasil namun tidak semua sektor korporat akan memperlihatkan prestasi yang membrangsangkan.

Antara sektor yang mungkin memiliki pendapatan korporat lebih rendah adalah hartanah dan industri pembinaan. Mengikut laporan ini didorong kenaikan kos bahan serta ketidaktentuan kadar faedah. Situasi tersebut secara langsung berpotensi menjejaskan keuntungan pendapatan korporat di Malaysia.

Selain fokus pada pendapatan korporat, StanChart melihat prestasi negara turut dipengaruhi berdasarkan status kadar hutang. Sekiranya paras hutang dilihat terus tinggi, ini berupaya memberi kesan kepada sentimen pasaran negara dari aspek pemulihan dan perbelanjaan fiskal kelak.