Artikel

Penguatkuasaan Antara Sektor Catat Aduan Rasuah Tertinggi – Sekitar 23.9%

Meneliti semula data di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2013-2018, ternyata terdapat 10 sektor yang memiliki rekod aduan rasuah tertinggi dalam pasaran negara.

Di mana sektor Perolehan menjadi sektor tertinggi berhubung rekod aduan rasuah dengan 42.8% daripada keseluruhan aduan. Diikuti sektor lain seperti;

Selain kecenderungan rasuah sektor sedemikian, terdapat juga 6 bidang pekerjaan yang memiliko risiko terlibat dalam rasuah. Mengikut data ianya seperti bahagian tadbir urus politik, pentadbiran sektor awam, perolehan awam, perundangan dan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus korporat.

Meskipun ini adalah data melibatkan aduan sebelum bermulanya era krisis namun sekiranya skop berkaitan tidak mengalami pemulihan, diperhatikan agenda rasuah akan terus berleluasa di negara. Dan ini akan memberi kesan kepada sentimen pasaran semasa.