Artikel

Indonesia Mula Bekal Ayam Sejuk Beku Ke Singapura – Anggar Kontrak Bernilai RM12 Juta

Tindakan Malaysia menyekat sebahagian aliran eksport ayam pada 1 Jun lalu, secara langsung telah membuka peluang kepada pasaran Indonesia untuk membekalkan ayam sejuk-beku ke Singapura.

Bermula minggu ini, tindakan tersebut telah dijalankan dan Kementerian Pertanian Indonesia menganggarkan usahasama itu membawa nilai kontrak bekalan bernilai sekitar RM12 juta (40 bilion rupiah).

Melihat pada peluang yang tersedia ini – Indonesia pada laporan menjangkakan permintaan bekalan ke Singapura akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan memberi peluang yang baik untuk ekonomi bekalan sejuk-beku Indonesia.

Namun, walapun pasaran terbuka kepada Indonesia, Malaysia terus dilihat sebagai pilihan dalam pembekalan ayam segar untuk Singapura. Buat pengetahuan umum, sebelum sekatan eksport negara dilaksanakan – Singapura mengimport sekitar 34% dari Malaysia dan pengalaman pembekalan ayam segar negara dilihat lebih tinggi berbanding negara lain.