Artikel

Indeks Jurang Gender: Malaysia Duduki Tempat Ke-103, Kekal Di Belakang Nepal

Dunia ketika ini memerlukan sekurang-kurangnya 132 tahun lagi untuk merapatkan jurang perbezaan antara jantina – dan bagi data 2022, Malaysia kini duduki tangga ke-103 pada senarai Indeks Jurang Gender Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Prestasi negara dalam merapatkan jurang gender dilihat masih lagi rendah, ini didorong faktor krisis kesihatan dan ketidaktentuan ekonomi semasa.

Selain Malaysia, Singapura terus mendahului pada laporan indeks dengan menduduki tempat ke-49, diikuti Thailand (79) dan Indonesia (92).

Secara keseluruhannya, sejumlah 146 pasaran ekonomi telah disemak dan hanya satu daripada lima jumlah tersebut berjaya merapatkan jurang gender sekitar 1% pada tahun lalu, tatkala berdepan tekanan ekonomi. Ini sesuatu yang membrangsangkan.

Bagaimanapun usaha tersebut dilihat tidak terlalu membantu kemajuan ekonomi global untuk mengimbangi kejatuhan pertumbuhan semasa. Meskipun pelbagai pasaran buruh mula meluaskan penyertaan wanita, namun penawaran gaji yang rendah terus berlaku. Ini tidak merancakkan aliran perbelanjaan sesebuah negara.

Untuk makluman terdapat 4 segmen yang diberi tumpuan pada tinjauan indeks ini, ia merangkumi Penyertaan dan Peluang Dalam Ekonomi, Pencapaian Pendidikan, Kesihatan dan Kelangsungan Hidup serta Pemerkasaan Politik.

Bagi Malaysia – Penyertaan dan Peluang Ekonomi mencapai kedudukan ke-88 dengan skor 0.656, diikuti Pencapaian Pendidikan di kedudukan ke-56 dengan skor 0.995, Kesihatan dan Kelangsungan Hidup di kedudukan ke-68 dengan skor 0.972 serta Pemerkasaan Politik pula di kedudukan ke-123 dengan skor 102.