Mengambilkira persoalan para pengguna negara, kerajaan menerusi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli kelak akan memaparkan pemberian kadar subsidi elektrik pada bil setiap pengguna – mulai bulan hadapan.
Tindakan itu sebagai langkah penjelasan kepada pengguna negara berhubung subsidi tarif elektrik.
Pihak kementerian pada laporan turut menjelaskan data tahun ini setakat Jun 2022 – kos penjanaan elektrik negara telah mencapai sekitar RM7 bilion dan RM5.8 bilion daripada jumlah tersebut telah ditampung oleh pentadbiran negara. Menerusi usaha itu, ia secara langsung membantu orang awam menikmati kebajikan tatkala kos sara hidup semakin melonjak ketika ini.