Artikel

McDonald’s Perluas Rangkaian Di Kelantan – Buka 5 Cawangan Menjelang 2023

Tidak lama lagi, penduduk negeri Kelantan bakal menikmati kemudahan 5 cawangan baharu McDonald – menjelang tahun hadapan.

Perancangan meluaskan jenama tersebut di negeri Darul Naim itu akan dilaksanakan pada tahun 2023. Menurut Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia bagi tahun ini terdapat dua pembukaan cawangan baharu dilakukan dan selebihnya akan menemui pengguna pada tahun hadapan.

Berdasarkan laporan Bernama, tiga cawangan yang akan dibangunkan kelak akan memperlihatkan penempatan di Pasir Puteh dan Tumpat sementara dua cawangan yang telah siap pula di Troika-Kota Bharu dan di R&R Gua Musang. McDonald memaklumkan usaha perluasan di Kelantan akan terus digandakan dari semasa ke semasa – dengan sasaran pembukaan 20 restoran dalam tempoh 5 tahun kelak.

Adanya perluasan ini, ia tidak sekadar memenuhi permintaan makanan segera kepada pengguna tempatan tetapi turut meluaskan skop pekerjaan perkhidmatan di pasaran negeri tersebut.