Artikel

Pengendali Hotel Berhasrat Selaras Caj Bilik – Dalam Dolar AS

Bagi memastikan industri perhotelan negara terus berdaya saing dan menampung kembali kerugian yang ditanggung sebelum ini – Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan, miliki rancangan selaraskan caj bilik dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, industri perhotelan Malaysia melihat tindakan mengenakan kadar bilik yang rendah berpotensi menarik lebih ramai pelancong asing pada sektor pelancongan negara. Ini kerana kadar industri tempatan lebih rendah berbanding negara jiran.

Akan tetapi, meskipun negara jiran menetapkan kadar bilik yang lebih tinggi, permintaan penginapan mereka terus melonjak. Ia sekaligus mencerminkan perhotelan negara turut wajar mengenakan langkah yang sama, untuk melonjakkan semula keuntungan dan imej kualiti perkhidmatan perlancongan tempatan.

Terdapat tanggapan mempersoalkan kualiti khidmat hotel negara adalah rendah, susulan kadar bilik yang lebih rendah ditawarkan.

Bagaimanapun kesepakatan hasrat tersebut masih lagi diperingkat awal dan ia tertumpu ke atas pelancong asing sahaja. Setakat ini, MAH memaklumkan sehingga tahun 2023 industri perhotelan negara akan kekal mengfokuskan kepada permintaan domestik terlebih dahulu – tatkala pelancong asing dilihat masih kurang yakin untuk melancong ke Malaysia disebabkan kerunsingan COVID-19 serta faktor ketidaktentuan ekonomi.