Artikel

Populasi Malaysia Dijangka Capai 33.2 Juta Pada 2022

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah pun berkongsi jangkaan peningkatan populasi dunia dan mengikut negara sepanjang tahun ini. Secara global, ia disasarkan angka populasi dunia mencapai 8 bilion pada November tahun ini.

Disamping itu, mengambil kadar 1.25% peningkatan tahunan, PBB sasar populasi Malaysia capai 33.2 juta pada tahun 2022 ini.

Angka terakhir direkodkan oleh DOSM adalah pada tahun 2020, iaitu seramai 32.4 juta orang. DOSM turut menyasarkan populasi penduduk Malaysia mencapai 41.5 juta menjelang 2040 kelak.