Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dicatatkan naik sekitar 57%, kepada 146,000 pencarum bagi 3 bulan pertama tahun ini.
Pada masa yang sama bagi perkiraan pencarum sukarela di bawah program i-Saraan juga turut memperlihatkan kenaikan sekitar 77% kepada 599,000 pencarum.
Menerusi peningkatan itu, Tengku Zafrul – Menteri Kewangan negara melihat pendedahan kepentingan wang persaraan semakin tinggi dalam kalangan pekerja negara. Malah momentum yang baik itu, sekaligus menunjukkan pasaran buruh tempatan semakin memulih – dengan kadar pengangguran di paras 3.9%.
Buat pengetahuan umum setakat Jun 2022, KWSP memiliki seramai 14.88 juta pencarum dan sekitar 7.59 juta di klasifikasikan sebagai pencarum aktif.